21 January 2012

Titik Refleksi

Titik Refleksi
      U all penah try urutan refleksologi ni??.. hmmm baiklah.....sebelum awak pegi mana-mana pusat refleksologi adalah lebih baik awak tau sedikit sebanyak mengenainya dulu kan.....bagi yang belum try cara urutan ni saya nasihatkan awak cuba urut sendiri dulu sebelum awak pegi pusat refleksologi.....wokey now let me explain to U a bit about it...

 ~ Refleksologi merupakan urutan Tapak Kaki & sekitarnya dengan cara mengurut Titik Refleksi (macam dalam gambar tu) ....... Titik Refleksi ni la titik pusat urat saraf kita beb ...... ia berkait rapat dengan organ-organ tubuh kita....Cara pengubatan ni berasal dari China dan sudah diamalkan beribu tahun dulu... ia berfungsi untuk menyembuhkan dan melegakan mana2 bahagian tubuh kita yg sakit  .... cara urutan ni sangat senang because awak sendiri pun boleh buat anytime anywhere hehe....sambil2 tgk tv tu awak urut la mana-mana point yg awak rasa nak urut..
     Contohnya awak rasa sakit di bahagian belakang SO awak urut ja point Lower Back @ Upper Back tu .... senangkan... cuma kita akan rasa sakit sedikit semasa diurut TAPI rasa sakit tu la petunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan kita.. and awak akan rasa lega bila dah urut bahagian tu.
  

Antara Kelebihan Refleksologi

• Melancarkan pengaliran darah
• Meningkatkan daya tahan individu
• Mengurangkan risiko tulang reput
• Menyeimbangkan kedudukan badan
• Melancarkan pergerakan
• Menguatkan otot kaki
• Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
• Menguatkan tulang dan pinggul
• Mengurangkan risiko sakit sendi
• Mengurangkan rasa letih
• Mengelak risiko sembelit
• Mengurangkan masalah usus
• Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
• Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

P/S : Tapi terpulang dari awak nak urut sendiri atau minta bantuan dari tukang urut btauliah di pusat refleksologi yg berdekatan k...Cubalah..... belum cuba belum tau kan... peaCe

No comments:

Post a Comment

SO, What say U??