Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

6 June 2012

Budaya Prihatin

hey there, how are U? hoping that u in a Good mood na.. 



Baiklah, harini saya nak membebel sikit pasal anak-anak muda zaman sekarang.. peristiwa ni terjadi beberapa hari yang lepas... depan mata saya... tapi masa tu saya X dapat nak buat apa-apa untuk membantu pakcik tu because saya berada di dalam kaunter bahagian ketibaan while in front of me ada passenger yang  perlu buat pemeriksaan... sedang saya sibuk memasukkan data penumpang di hadapan saya, tetiba "preanggg"...bunyi benda jatuh besepah...bila saya tengok, sorang pakcik sedang mengutip barang2nya yang jatuh bersepahan... kesiannya saya tengok... tapi bila saya nampak ada sorang anak muda yang berada berhampiran dengannya hanya senyum-senyum melihat pakcik tu tanpa sedikit pun tebuka hati nak tolong...geramnyaaaaaa....grrrhh hish...apa la punya budak tu.. orang melayu pulak tu...bikin malu betul anak-anak zaman sekarang ni... selepas beberapa lama kemudian baru ada sorang "amoi" tolong pacik berkenaan...kesiannya saya.. tiada perasaan langsung la yang lain tu... 

SO, abang kakak, pakcik makcik, tuan puan, saudara saudari yang sedang membaca entry ni...tolong la pupuk perasaan membantu itu di dalam hati anak-anak, cucu or youngers yang sedang dibawah jagaan anda... Tolong  la jadi manusia...bukannya makhluk yang setakat berfungsi sebagai orang lidi di dunia ni semata-mata... (macam mak nenek pla saya membebel kan??)   bukannya apa, geram ba saya tengok orang-orang yang tecegat disitu just tengok pakcik tu kutip barang2nya yang bersepahan di atas lantai...memang la itu hak masing-masing...mau tolong ka tidak BUT sikap and sifat kemanusiaan tu perlu ada dalam diri kita sebagai manusia yang sebenar2nya manusia.. 


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)


Dan;




Allah telah berfirman yang bermaksud; 

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan" (9:71)

~membantu sesama manusia ni X perlu kira bangsa dan agama sekalipun~





21 February 2012

Orang Berjaya & Waktu Dhuha

assalamu'alaikum all my dear out there... apa habaq??... 
haha. wish u all in a good condition ya.... tetiba ja saya terfikir tentang Solat Sunat Dhuha ni.. di katakan ramai orang yg berjaya mengamalkannya.. saya pun x brani komen banyak...just look at this vid and awak sendiri fikir2kannya k... cekidaoootttt....










# mudahan bermanfaat..kita sama2 belajar kan.. wassalam..

20 February 2012

perubahan membawa Berkat


frankly, saya curik pic di atas ni dari sorang kawe d fb.. hehe.. sorry yerr... hehe... sangat tertarik dengan peta  minda ni and untuk memperingati segalanya sebelum mati SO adalah lebih baik saya mengabadikannya dalam belog ni kan... well, setiap manusia baik awak atau pun saya mesti penah jadi budak noty2 dulu kan.. alah jangan tipulah.. conteng meja skolah.. ponteng kelas tuisyen or whatsoever kira noty jugak lah tu.. huhuu.. baik lah.. gini beb..kekadang bila dah tua2 ni...oooppss tua kerr.. hahah ya lah tua... teringat jg zaman kegemilangan dulu zaman muda2 kan?? BEST x?? mesti lah best.. glamer pe naik atas stage time assembly kena rotan sebab ponteng kelas huhuuu... siapa pun kita dulu, apa yang lebih penting adalah siapa kita SEKARANG... bagi saya teda istilah terlambat untuk berubah atau terlalu awal untuk melakukan perubahan.. takut2 nnt x sempat taubat mintak ampun dengan Tuhan beb.. parah oo... apa2pun Hati kita milik Allah... maka selalu-selalu lah ingat akan DIA yg Maha Pemberi segala2 kepada kita... sampai bila kita nak jadi manusia yg lalai, yg tidak tau bersyukur... dalam bahasa kasarnya ialah yang tidak tau diri and beruntung di beri nyawa and kesempatan merasa segala kenikmatan di bumi Allah ni???.. saya ni bukanlah alim sesangat TAPI manusia selalunya akan cepat2 cari sejadah bila ada musibah jerr (berdasarkan pengalaman).. JANGAN beb...JANGAN jadi macam tu.. malu oo TUHAN dah bg kita rezeki setiap hari..... penah x awak rasa kebulur nak mampus mcm kawan2 kita di Somalia tu???... kering ooo... SO kawan, rasanya tidaklah rugi apa2 pun jika melakukan perubahan.. x banyak sikit pun jadilah... mulakan dengan yang mudah jer kalau rasa solat tu berat sangat (naudzubillah) tp bila awak dah biasa Insyaallah saya KOMPEM SURE punya awak akan rasa mudah dan ketenangan yang saaaaaangat luar biasa.. 


# correct me if i'm wrong.... Semoga Bermanfaat, Insyaallah....

18 February 2012

QaRiN


harini saya nak crita pasal Qarin... bukan awek comel nama Qarin Nabilah or Maya Karin k... no no no... 


قرينadalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.

Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

# Semoga Bermanfaat because saya pun baru tau nih...

17 February 2012

Gangguan JiN




Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur

  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar Atau Jaga

  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Macam-Macam Gangguan Jin

  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.


Diantara Penyebab Gangguan jin :

  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB & CARA JIN MASUK KE TUBUH MANUSIA





Sebab-Sebab Masuknya Jin ke dalam Tubuh Manusia

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.



Cara-Cara Masuknya Jin ke dalam Tubuh Manusia

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN




Perlindungan Terhadap Gangguan

  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
  2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    • Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    • Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    • Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

maklumat diperolehi daripada : http://www.rawatanislam.com/gangguan-jin.html

14 February 2012

Rukyah

o owh......  ma af.. ma af.. lama x update entry... kan pa kawan2, kesihatan ni tidak mengizinkan untuk saya membebel di sini.. ya lah.. kalau time kureng sihat ni apa pun X bleh.. hehe.. kang lain2 pulak saya cakap disini nnt .. owh tidak.. hmmm baiklah... dalam entry yang lepas saya ada share dengan awak semua berkaitan SIHIR PERMAINAN SYAITAN kan? x tau? lupa?? okay.. x pa.. cecari di atas tu .. i mean search ok beb....

awak penah dengar perkataan RUKYAH?? okeh x pa...  now kita dengar dulu video di bawah ni... jom kita sama2 belajar + sedikit iklan kepada yg empunya video.. X lama beb.. 3minit jerr..



ok now nak ceta skit... mula2 saya X penah pecaya or ambil tau pun pasal benda2 ni TAPI bila dah terkena kepada diri sendiri or keluarga terdekat barulah kelam kabut situ sini cari ustaz.... UstaZ k bukan bomoh.. please take note  beb.. dalam post sebelum ni yang berkaitan SIHIR PERMAINAN SYAITAN tu saya ada senaraikan beberapa tanda orang2 yang terkena sihir, jin, santau dan yang sewaktu dengannya... jangan X caya tau wak.. benda ni wujud rupanya.. ya lah.. dulu2 kan RoCk.. jahil, X mau ambil tau and ambil kisah pun benda2 ni semua... hmmmm... well, dah dalam Al Quran pun ada sebut tentang kewujudan jin dan syaitan kan.. SO kita kena yakin dan percaya.. untuk mengetahui siapa, kenapa bagaimana benda tu berlaku biarlah menjadi Rahsia... yang penting sihat Insyaallah.. 

# semoga perkongsian yang ringkas ini bermanfaat kepada semua...

10 February 2012

Apa cerita disebalik Hari Valentine??


   yeah, sikit hari saja lagi mereka-mereka yang bergelar Kekasih akan menyambut Hari Kekasih a.k.a hari berkasih sayang.. uiseh... ada pulak hari untuk berkasih sayang yerr?? jadi hari2 sebelumnya tu hari apa?? hoho.. ada2 ja lah...   
   well, apa2pun kawan sebelum kita menjadi Pak Turut and ikut2 ja..., sebagai orang muslim adalah lebih baik kita mengetahui latarbelakang sejarah cerita yang sebenar mengenai hari paling istimewa dan sangat di tunggu2 oleh mereka-mereka yang sedang berkapeL... saya?? ssshhh biarLah Rahsia...hehe.. ya lah kan... on Valentine's Day ni la c gadis dapat gift dari c BF, dapat coklat, dapat bunga dapat kad lawa2 and and and dapat tuuuttt...woooppss.. jangan cakap.. sensored... naudzubillah...
   wokey la, X payah ko banyak cakap dzarina... jom kita baca and nilai sendiri pengertian sebenar Hari Kekasih ni k.. cekidaooootttttt!!


Apa Itu VALENTINE’S DAY

  Secara ringkasnya Valentine adalah nama seorang paderi bernama Pedro St Valentino. Pada 14 Februari 1492 Kerajaan Islam Sepanyol tumbang lalu St Valentino mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang atau hari yang sesuai untuk manusia berkasih sayang kerana bagi paderi itu, Islam adalah agama yang menolak kasih sayang dan zalim kepada manusia. Maka, hari kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
  Sejarah yang lain pula mengaitkan perayaan atau sambutan masyarakat kaum Rom kuno sebelum datangnya Kristian yang dinamakan Lupercalia. Mengikut kepercayaan mereka, Lupercalia adalah upacara penyucian dan pembersihan jiwa yang berlangsung daripada 13 hingga 18 Februari dan banyak lagi kisah di sebalik Hari Kekasih yang ditunggu-tunggu oleh pasangan berkasih sayang untuk menjadikan hari itu sebagai hari kejutan atau gimik kasih untuk pasangan mereka.
  Amatlah memalukan andainya kita yang baru seminggu berada dalam suasana kelahiran Rasulullah, namun tanpa segan silu mengangkat syiar kuffar (orang-orang kafir) ini dalam kehidupan kita?
  Adakah kita tidak malu memilih tarikh itu sebagai tarikh paling penting dalam hidup kita? Lebih dahsyat lagi jika ada di kalangan kita yang mengabadikan tarikh itu sebagai tarikh untuk pertunangan, perkahwinan dan hari penting dalam kehidupan mereka.
  Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am: 116).
  Begitu juga dengan sabda Rasulullah: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Abu Dawud: 4,031, Al-Albani dalam Shahih Al-Jami: 2,831).
  Ini dikuatkan lagi dengan dalil lain bahawa Islam mempunyai tatacara dan metodologi atau ‘manhaj’ tersendiri untuk umatnya. Ia disebut dalam al-Quran: “Dan bagi setiap umat itu Kami jadikan (bagimu) satu syariat tertentu untuk mereka patuhi, maka janganlah ahli syariat lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.” (Surah al-Hajj: 67).
  Ayat ini disokong dengan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah melalui kisah riwayat Anas bin Malik iaitu beliau berkata: “Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah ketika mana masyarakatnya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang jauh lebih baik, dan ia adalah Aidiladha dan Aidilfitri.” (Al-Nasaai dan juga Abu Dawud dalam Kitab Solat Dua Eid).
  Cukuplah beberapa dalil di atas menjadi panduan kita yang bergelar Muslim untuk beriman atas apa yang diturunkan Allah, Rasul serta menjadi insan bermanhaj dan berprinsip dalam hal ini.
Adakah salah dan haram bagi kita memberi hadiah kepada insan disayangi seperti isteri, suami ataupun bakal pasangan kita?
Nabi menggalakkan umatnya memberi hadiah sebagaimana hadis: “Berilah hadiah di kalangan kamu, sesungguhnya hadiah itu dapat menghilangkan perasaan marah dan dendam.” (Imam Syaukani, Nailul Author, 6/101).
  Walaupun majoriti di kalangan ulama menyebut hadis lemah, namun Islam menyuruh kita memberi hadiah dan berkasih sayang, malah memberi hadiah tidak menjadi kesalahan, tidak kira apa bentuk hadiah tetapi yang menjadi masalah, kenapa tarikh tersebut dijadikan pilihan. Kenapa tidak 364 hari yang lain?
  Malah, daripada segi ekonominya pula, harga barangan seperti coklat dan bunga ros yang menjadi hadiah utama naik berlipat kali ganda sempena Hari Kekasih.
  Mengapa kita harus sama dengan mereka? Tidakkah Rasulullah menyebut di dalam hadis: “Berbezalah dengan al-yahud (yahudi).” (Al-Suyuti, dalam Al-Jami’ Al-Saghir: 3,879).
...............................................
  Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan amalan dalam keghairahan kita mengikut sesuatu perkara. Ketika pelbagai pihak mempromosikan Hari Kekasih lebih baik bagi kita menghebohkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 yang mengatakan Hari Kekasih jelas daripada Kristian, wajib dijauhi umat Islam dan boleh meruntuhkan akidah umat Islam.
  Ia juga dilihat sebagai hari yang membuka pintu kerosakan dengan berlakunya maksiat dan lahirnya anak luar nikah sebagai ‘hadiah’ Hari Kekasih.
  Renungilah hadis Nabi: “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.”
  Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Al-Bukhari dan Muslim).


# Jangan kerana Hari Kekasih, kita dimurkai oleh Yang Maha Pengasih!
"Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah... bukan untuk bercouple.."http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/

3 February 2012

DOA

    Setinggi mana pun pangkat kita, setinggi mana pun ilmu kita, sebanyak mana pun harta yang kita ada SEMUANYA pemberian dari Allah... Tidak semua yang kita hajati akan termakbul sekelip mata.. Tidak semua yang kita inginkan akan hadir dihadapan kita serta-merta... angkat tangan dan berdoa memohon kepadaNYA... DIA Maha Mendengar, DIA Maha Mengetahui, DIA Maha Pemberi... Mungkin apa yang kita hajati tidak dimakbulkan harini.. mungkin esok, mungkin lusa, tulat....sebulan, setahun atau bertahun2 lamanya... JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA ... dan teruskan BERDOA ..



"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."  - (surah At-Taubah:129)


" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."

(surah Yunus:12)


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." - (surah Al-Baqarah:2


P/S : Pesanan untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat untuk semua.



1 February 2012

SIHIR permainan SyaiTan




Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.  Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.


Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:
  1. fikiran selalu runsing
  2. sakit-sakit di belakang bahagian bawah
  3. badan lesu, selalu letih
  4. selalu sakit perut 
  5. sakit kulit
  6. rasa ada seseorang tidur di sebelah
  7. terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
  8. suka menyendiri, jadi seorang pendiam
  9. selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
  10. selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
  11. orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
  12. banyak berfikir (fikiran melayang)
  13. orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
  14. selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
  15. selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
  16. imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
  17. bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
  18. selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
  19. selalu kena period pain
  20. ada migrain yg kronik
  21. sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
  22. halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
  23. selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi
  24. membesar-besarkan perselisihan yang kecil
  25. benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

# Tiada yang mustahil di dunia ni selagi masih tersembunyi sifat syaitan di dalam hati serta sentiasa ingin menguasai dan memiliki...hmmm

 عَنْ عَائِشَةَ قَاسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَهُودِيٌّ مِنْ يَهُودِ بَنِي زُرَيْقٍ يُقَالُ لَهُ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ قَالَتْ حَتَّى كَانَ رَسُولَتْسَحَرَ رَلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَفْعَلُ الشَّيْءَ وَمَا يَفْعَلُهُ حَتَّى إِذَا كَانَ ذَاتَ يَوْمٍ أَوْ ذَاتَ لَيْلَةٍ دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ دَعَا ثُمَّ دَعَا ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ أَشَعَرْتِ أَنَّ اللَّهَ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ جَاءَنِي رَجُلَانِ فَقَعَدَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالْآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ فَقَالَ الَّذِي عِنْدَ رَأْسِي لِلَّذِي عِنْدَ رِجْلَيَّ أَوْ الَّذِي عِنْدَ رِجْلَيَّ لِلَّذِي عِنْدَ رَأْسِي مَا وَجَعُ الرَّجُلِ قَالَ مَطْبُوبٌ قَالَ مَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ قَالَ فِي أَيِّ شَيْءٍ قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاطَةٍ قَالَ وَجُفِّ طَلْعَةِ ذَكَرٍ قَالَ فَأَيْنَ هُوَ قَالَ فِي بِئْرِ ذِي أَرْوَانَ قَالَتْ فَأَتَاهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أُنَاسٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ وَاللَّهِ لَكَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ وَلَكَأَنَّ نَخْلَهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أَحْرَقْتَهُ قَالَ لَا أَمَّا أَنَا فَقَدْ عَافَانِي اللَّهُ وَكَرِهْتُ أَنْ أُثِيرَ عَلَى النَّاسِ شَرًّا فَأَمَرْتُ بِهَا فَدُفِنَتْ
Dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin Al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seolah-olah air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya.

maklumat di perolehi dari http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/sihir.php &  http://www.darussyifa.org/002_NabiDisihir.php . Semoga bermanfaat. Kepada yg mengamalkannya didoakan anda cepat2 la bertaubat. Hanya Allah yang dapat membalas segala perbuatan anda. Wallahu'alam.

31 January 2012

Himpunan Kata2 Filosof Amatur

 # kadang2 kebaikan sebesar Gajah akan tersembunyi di sebalik kesilapan sebesar Semut - dz
.........................................

# manusia lebih mudah melupakan susah payah untuk mendapatkan sesuatu berbanding menghargainya selagi ia masih ada di depan mata - dz
.................................................


# jangan pernah mulakan kebiasaan2 yg Luar Biasa jika tidak bisa mpertahankan kebiasaan itu seperti biasa - dz
 ........................................

# secebis senyuman mampu menyembunyikan apa kata hati tetapi mata tidak pernah menipu diri - dz
.............................

# A man dreams of a perfect wife A woman dreams of a perfect husband ..but they don't realize that God created them to complete one another - Dr. Amr Khaled

..................................


# jangan mulakan 'sesuatu' kalau tidak mampu menjaganya dengan baik..jangan libatkan hati kalau kamu tidak mahu ambil peduli - dz

.........................................

# Yang bernama Ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan sesuatu, melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri - Kibin Hj. Samad

 .............................................

# 2 sahabat mjadi kekasih seiring waktu, itu KeTuLusan dan 2 mantan kekasih mjadi sahabat seiring waktu, itu Kedewasaan - kimi

................................................

# our reactions to a situation are the result of the way in which we perceive the situation differently because of past experience, culture, belief system n values - oum

....................................................

# Orang bodoh tak semestinya sombong. Tapi orang sombong PASTI bodoh" - Haji Mohd Fadzilah Kamsah 

.....................................................

# Betapa banyak amalan sederhana (yang di lihat remeh) menjadi besar (pahalanya) karena niat. Dan betapa banyak pula amalan yang besar menjadi kecil (tidak bernilai) karena niat. رُبَّ عملٍ صغير تعظِّمه النيه، ورب عمل كبير تُصغره النية. ابن المبارك - Mengenal Ajaran Islam

......................................................

# Dalam memilih jodoh, memang benar ia adalah satu ketentuan, namun tawakkal sahaja tanpa usaha, ibarat menanam padi tanpa proses penuaian, menunggu hasil datang dengan keajaiban, itu bukanlah sunnah orang beriman - Kebahagiaan sesebuah keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta'atan keluarga kepada Allah"http://www.iluvislam.com/
..........................................................

# Bukan semua didunia ini milik kita..Sekukuh mana pun usaha jika ditakdirkan Ia nya bukan milik kita tetap juga bukan milik kita sebab Ia nya Milik Orang Lain - Aleng

...........................................

# Kebahagiaan sesebuah keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta'atan keluarga kepada Allah - http://www.iluvislam.com/keluarga/


18 January 2012

Bunyi Aneh - Tiada yang MustahiL

tetiba saya rasa mau membebel awal pagi disini....since kemarin lagi saya bFikir pasal bunyi aneh ni. Tapi tiada yg mustahil sebenarnya beb......tanda2 kecik kiamat pun dah ada di sekeliling kita...apa lagi tanda2 akhir zaman....huh! banyak beb....yg jadi PONDAN ramai......dah tukar jantina huh jangan cakap lah....ANAK HARAM?? ramai....yg BUNUH ORANG pun ramai...hari2 berita kuar pasal tu ja...FITNAH??? hmmmm perkara biasa dah beb....apa lagi....ARAK?? tu dah jadi sarapan pagi dah ....eeee!! banyak la....x mau cakap banyak la......takut kebalikan (org brunai ckp)...QISAS....na'uzubillah minzalik... Tanda KebesaranNYA sudah jelas....

p/s : apa2 pun sekarang....kita balik kepada Yang MAHA PENCIPTA...TUHAN sekalian alam....apa pun yg sudah berlaku, siapa pun kita dulu maka kembali lah kepadaNYA...mohon la keampunan....SEDAR DIRI lah beb...kita dah di beri nyawa n kesempatan untuk hidup di dunia ni dalam keadaan yg sempurna....JANGAN JADI ORANG YG TIDAK TAHU BERSYUKUR kepada MAHA PEMBERI....!!!!


17 January 2012

Bukan yg Terbaik

4 sbb seorang perempuan itu boleh dikahwini.....

1: kerana agamanya...
2: kerana keturunannya...
3: kerana hartanya...
4:kerana rupanya.....

"Jodoh ditentukan oleh Allah S.W.T sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri)"- Ustaz Azhar Idrus-




P/S : dan kepada kawan2 yg belum berjumpa dengan calon yang sesuai tu banyakkan bersabar ye.....kalau X jumpa jodoh kita di dunia ni bersangka baik lah dengan Allah. Mungkin DIA telah menyediakan kita jodoh yg terbaik di akhirat......sering saya ingatkan kepada diri saya sendiri beb.....kita ada kehidupan selepas mati.....mungkin yg ada di sekeliling kita ni BUKANLAH yang TERBAIK untuk kita..... dan yg sudah tidak menjadi milik kita tu BUKANLAH CALON yg TERBAIK utk kita...things happened with reason and the reason the only Allah know it...YAKIN ja sesuatu yg berlaku ada hikmahnya...

SO kawan,....janganlah terlebih2 sedih mengenang kisah lalu ok...yakin ja bahawa kita akan berjumpa dengan orang yg LEBIH BAIK dari yg sebelumnya.......wallahualam..

aku semut keciL

kadang2 kan kawan... Bila berada di kalangan org Besar2 (bukan org bersaiz besar ye) @ gah a.k.a PemBesar @pun org kaya ni trasa sangat lah yg kita ni kerdiL sangat.....ya lah setakat pegawai biasa ni kan mana la setaraf dengan mereka....tapi bila kita dapat layanan yg baik dr golongan2 diorang hepy sangat....hmmm....x apa la kan....kebahagian & kegembiraan tidak terletak pada banyaknya harta yg di kumpul tapi dari diri sendiri samada mahu menjadi org yg gembira atau sebaliknya... dan bg saya 

"KEBAHAGIAAN SEBENAR BERMULA DARI RUMAH"

     Allah menciptakan sesuatu atas sebab2 tertentu...... berSYUKUR dengan apayg kita ada sekarang....berpuas hati dengan apa yg kita sdh perolehi & cuba berusaha utk mperbaiki mana yg termampu...Insyaallah...

13 January 2012

Sebiji epal dan seorang isteri

http://img98.imageshack.us/img98/6668/redapplewn8.jpg

    Seorang lelaki yang saleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggir kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat sebiji epal jatuh keluar pagar sebuah ladang buah-buahan. 
Melihat epal yang merah ranum itu tergolek di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. 
Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah epal yang lazat itu. akan tetapi baru separuhnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya. 

Maka ia segera pergi ke dalam ladang buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar menghalalkan buah yang telah dimakannya.
Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka terus sahaja dia berkata, "Aku sudah makan separuh dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya". 
Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya". 
Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah kumakan ini." 
Pengurus kebun itu memberitahu, "Apabila engkau ingin pergi ke sana maka engkau harus menempuh perjalanan sehari semalam". 
Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita dalam sabdanya : "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka"

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia terus mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit terus memberi salam dengan sopan, 
lalu berkata," Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan separuh dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu ?" 
Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat." 
Tsabit merasa khuatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak boleh memenuhinya. 
Maka segera ia bertanya, "Apa syarat itu tuan ?" Orang itu menjawab, "Engkau harus mengawini puteriku !"
Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, "Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengahwini puterimu ?" 

Tetapi pemilik kebun itu tidak menjawab pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan puteriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"
Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia ambil sebagai isteri gara-gara separuh buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya? 
Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !"
Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinannya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".


Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkawinan berlangsung, Tsabit dipersilakan masuk menemui isterinya. 
Sewaktu Tsabit hendak masuk bilik pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. 
Maka iapun mengucapkan salam ,"Assalamu'alaikum..." Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini rasmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. 

Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia menghulurkan tangan untuk menyambut tangannya . Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut huluran tangannya. Tsabit bagai tersentak menyaksikan kenyataan ini.

"Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian bererti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan menghulurkan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam hatinya. 

Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ? 
Setelah Tsabit duduk di samping isterinya , dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta . Mengapa ?" 

Wanita itu kemudian berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah".

Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahwa engkau tuli. Mengapa?"


Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan ?"
Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. 

Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Seterusnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah Ta'ala".

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat saleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... Subhanallah , dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap". 
Tsabit dan istrinya yang solehah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia. Itulah Al Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.

di pinjam dari;

2 October 2011

Benchinta & buah epaL

apa kaitan buah epal dengan becinta???..hmmm mari ikuti cerita ini..bermula dengan pandang-pandang, pegang-pegang ...lama-lama?? emmmm...habis la rosak c buah epal tu...samalah juga halnya dengan pasangan yang sedang hangat bercinta...mula-mula pegang skit kemudian pegang lagi...bila dah rapat pegang banyak  and then emmmmm....just imagine, kita nak ke buah epal yang dah kena pegang-pegang, dah kena belek-belek?? atau kita nak buah epal yang cantik je kena simpan dalam plastik..yg x kena sentuh pun...or kalau nk mencabar lagi cuba dapatkan buah epal yang masi di atas pokok yg paling tinggi.....and bila dah dapat, kepuasan ketika mkn buah tu hanya anda sahaja yg tahu.....begitulah bila kita sedang becinta dengan seseorang atau kita mula menyimpan perasaan a.k.a tengah feeling with sum1....kan kan kan...mari kita sama-sama cuba...and sebagai GIRL yg baik marilah kita menjadi sebiji epal yg masih fresh and belum pun di belek-belek org...