Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

6 June 2013

"Kesetiaan kepada Raja"

Assalamualaikum semua,
    Lama saya tidak menulis...tetiba jari rasa mau nulis lagi selepas macam-macam kejadian berlaku....dari kejadian Tanduo sampai lah cerita PRU13 dan yang terkini sangat menarik perhatian saya apabila ada beberapa individu di Malaysia ni berani menghina YDP Agong di laman sosiaL...bagi saya perbuatan mereka sungguh BIADAP! orang-orang ni asal dari mana?? asal usul dari mana sehingga mereka berani mengeluarkan kata-kata kurangajar terhadap ketua negara...!? saya sangat tersentuh dan agak sensitif tentang hal ni...bagi saya, ini bukan perkara yang perlu diambil ringan...ini mencerminkan tingkah laku anak-anak sekarang dan akan datang...begini ka sikap rakyat Malaysia akan datang??...Biadap dan KurangajaR... individu-individu yang berani menghina dan mempertikaikan YDP Agong ni lebih layak dilucutkan hak kewarganegaraannya...dah diorang tak suka institusi DiRaja so suruh la diorang cari negara yang takda Raja...pegi mintak kerakyatan dengan negara yang takda Raja...senangkan...

     Bagi saya, tindakan lebih tegas perlu diambil sebab kalau kita tidak bertegas dari sekarang, tidak lah mustahil masa akan datang lebih ramai budak-budak yang kurang ajar macam diorang ni...memang la kita ada Hak Kebebasan Bersuara tapi kita kena ingat, kita orang-orang Asia amnya dan Malaysia khususnya tergolong dalam manusia yang beradab...kita ada adab bercakap...kalau dengan Agong pun diorang berani cakap itu ini...entah macamana la diorang ni bercakap dengan ibubapa diorang... can't imagine...

     Mungkin juga individu yang biadap ni sudah lupa atau gila sehingga mereka tidak lagi mengingati ikrar yang kita baca setiap kali perhimpunan sewaktu di alam persekolahan dulu kan.... here their are :-


     Malaysia cuma negara yang kecil tapi sayang ada individu yang biadap dan kurangajar mcm diorang ni...sedangkan negara-negara di Eropah seperti Denmark, Belanda, Norway, Sepanyol even UK sendiri pun masih menguatkuasakan sistem beRaja... ini kan pula kita...negara kecil tapi ada Raja... tak rasa bangga ka?? atleast kita ada Raja...Ketua Negara dan Agama...kalau itu pun dipertikaikan dan dihina dengan alasan kebebasan bersuara, menunjukkan individu yang biadap ni sangat sempit pemikiran mereka.. kesian..


P/S: kepada individu yang berani menghina YDP Agong "kenapa lah kamu diciptakan sebagai manusia?? bukankah lebih baik kamu menjadi haiwan" - dipetik dari skrip Ibu Mertuaku

Sekian...







21 December 2012

Attitude...

Assalamualaikum warahmatullah

membebeL lagi... :D 
bukannya apa, agak geram dengan seorang pax (passenger) dari KUL tadi dengan penerbangan MH****... tau lah dia ber'tittle' DATUK tapi sebagai seorang pemimpin salah sebuah pertubuhan politik, dia seharusnya menjadi contoh & teladan yang baik TAPI sebaliknya pula...apa laaaa?? nampak agak kurang sopan kan??.. u answer your phone call in front of the official counters... kan ada signage seperti di atas ni di setiap kaunter??.. X nampak ka atau pura-pura X nampak??? WTF... huh... bila di beri teguran, X puas hati pulak... hampas dokumen pulak... biadap kan?.. nampak sangat EQ (emotional intelligence) beliau tadi sangat laaa di bawah paras lutut... bila di beri teguran, terus buat komplen... komplen sana komplen sini.. komplen didahulukan... at last pegawai kena transfer huhuuuu...maka itu lah senarionya... walhal, dalam hal ni... SIKAP itu sendiri memainkan peranan yang sangat penting... memalukan sangat ka untuk menerima teguran?? apa ada dengan DATUK engkau tu pacik?? Tuhan X tengok pun DATUK kau tu nanti.. susah sangat ka ikut peraturan??.. hebat sangat ka kedudukan kau pakcik??.. tidak semua macam pacik tadi but mostly orang kita macam tu.. 

SO, kepada adik kakak makcik pacik, Datuk Datin yang bukan Datuk/Datin tu tolonglah.. ubah SIKAP @ attitude tu..kalau macam ni la semua attitude orang kita??...cuba bayangkan betapa biadapnya anak-anak kita di masa hadapan??.. TAHUKAH ANDA??.. 

 "Reader's Digest placed Malaysia's rudeness level at 33 in the world"

Lalalalalalaaa~~~~...dimanakah silapnya??..  Tepuk dada tanya selera...






12 December 2012

12.12.12


hi....actually teda apa yang nak di'share' sangat dalam entry ni....saja ja nak upload pic di atas untuk dijadikan santapan mata saya sendiri dikemudian hari because lepas ni kompem-kompem dah takda  date yang beganda macam ni..

apa-apa pun bagi yang telah berjaya melakar sejarah dalam hidup pada hari ini sya ucapkan sangat-sangat TAHNIAH...Bless goes to U all

25 April 2012

aku & neelofa

memandangkan gambar ni paling ramai LIKErs di fb maka dengan rasminya saya ingin mengabadikannya di dalam diary alam maya ku ini..uiseh.. ya lah.. Frankly m so excited when i get the opportunity tangkap gambar dengan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor...  sangat-sangat kagum dengan kecantikannya... bukan tu sahaja, saya sangat mengagumi kepintarannya sebagai "Kasut Designer"!!!.. OMG.. jarang-jarang kita jmp artis yg mempunyai kelebihan begini kan?? bukan lagi jarang-jarang..dia ja sorang artis yang ada kelebihan mcm ni....Gadis berasal dari Kelantan ini memang bijak, score 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM . Dan dia kini mengambil Double Major International Trade and Marketing di Kolej Sunway....SALUTE her.. dah la cantik, X sombong, pandai reka kasut..huh..to me, she's perfect.. Jom kita tengok antara kasut rekaan beliau... wish i cud get 1..huhu...
Kasut rekaannya ini mencecah RM20k

Kasut rekaan Neelofa untuk majlis perkahwinan Ana Raffali
     
































# untuk mengenali Neelofa lebih lanjut, sila klik website ni http://www.neelofa.my


18 April 2012

Kenapa HIJAU jadi pilihan???

Apabila anda merenung apa-apa warna garang cukup lama dan kemudian melihat pada sehelai kertas putih, anda akan melihat warna yang bertentangan, bukannya sehelai kertas putih. Semasa di dalam bilik pembedahan, apa yang kita lihat adalah darah yang berwarna merah. Apabila kita mengangkat mata dari medan pembedahan untuk melihat mana-mana permukaan lain, akan muncul sedikit kehijauan padanya, maka dinding dicat dengan warna hijau.


Psikologi Warna : Hijau

Melambangkan warna pertumbuhan, sifat, dan wang. Warna yang menenangkan ini menjadi warna yang sangat menyenangkan deria. Kehijauan hutan gelap pula dikaitkan dengan terma-terma seperti konservatif, maskulin dan kekayaan. Hospital menggunakan bilik hijau muda kerana didapati boleh menenangkan kepada pesakit dan menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Selain itu, terlalu memfokuskan penglihatan pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah hilang penumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Ini kerana dengan melihat warna merah secara terus-menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensitiviti pada warna merah itu sendiri.


# So guys! from now on kalau rasa2 dah penat main game, cuba2 la jenguk skit tingkap tu...tengok rumput..tengok bunga ok...


27 March 2012

Kursus Pembuatan Mug Bergambar

assalamualaikum & selamat dek sejahtra...

pada 24hb Mac yg lalu, sekali lagi saya menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tawau... ia merupakan kesinambungan kursus pembuatan keychain yang telah saya hadiri beberapa minggu yg lalu.  Perisisan yang digunakan adalah Corel Draw X5...hmmm lebih kurang macam tu lah hehe... i came from zero until i got new knowledge..Best.. mmg Best kursus mcm ni.. dengan yuran sebanyak RM25 termasuk bahan-bahan, saya sangat satisfied dengan kursus mcm ni... k lah.. now u can see by youself  apa yang saya telah perolehi dalam kursus tu.. cekkidaoootttt....

setelah penat mengEDIT gambar yg kita pilih, now kita print and inilah hasillnya

orite, now proses melekatkan gambar yg kita print tadi ke permukaan  luar gelas.. 
and, ni lah mug bergambar saya hehe...jangan jeless

p/s : untuk mengetahui mengenai kursus ni dengan lebih lanjut, awak boleh layari http://www.jpkk.edu.my/jpkk/
pilih program and klik Kursus Pendek

~Selamat Berkursus~



18 March 2012

Kursus Pembuatan KeyChain & Button Badge

proses terakhir pembuatan Button Badge
alahaiiii bizinyaa...sampai xda masa nak Update diary alam maya ni... pada 10 Mac yang lepas, saya dengan sorang kawan telah menghadiri Kursus Pembuatan KeyChain & Button Bagde anjuran kolej Komuniti Cawangan Tawau... daripada xda buat apa-apa or ZZZZzzzzz memanjang maka baiklah saya mengisi masa dengan berkursus during my Offday kan... walaupun berbayar tapi enjoy & berbaloi... kursus yang diadakan selama sehari ni amatlah berguna kepada perahu2 kecil macam saya... disamping dapat isi masa, dapat ilmu baru baru lagi... daripada zero mengenainya sehinggalah saya tahu mengendalikan perisian yg digunakan...walaupun sehari tetapi adik2 yg bagi tunjuk ajar ni sangat la memberi kerjasama sepenuhnya... 
ini lah hasilnya   :)

kalau awak rasa nak ikut mana-mana kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti, awak rajin2kan tangan skit klik website diorang...saya terjebak dengan kursus ni pun sebab gatal tangan sangat tengok website kolej ni... kursus ni dinamakan Kursus Pendek 1 Malaysia...terbuka kepada semua golongan dan dikenakan bayaran yang saaaaaaangat berbaloi dan mampu dibayar....ada sijiL tau...k lah selamat mengklik...

29 February 2012

Tahun Lompat

29hb Februari 2012 bersamaan 7 Rabiul Akhir 1433H.. hahaa... tahun ni tahun lompat rupanyaaa... Selamat Menyambut Hari Kelahiran kepada yg lahir pada tarikh ni... 4 tahun sekali tuuu nak tunggu... ksian.. x pa beb.. jimat.. 

tarikh ni merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tarikh ini dikira setiap empat tahun dalam tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 199219962004 kecuali tahun-tahun abadTahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar, e.g 1800 etc.


hmmmm.... kalau rasa nak jimat sambut anniversary ka, birthday party a.k.a kenduri ka U all buat la pada tarikh ni k.. peace.. 

23 January 2012

Gong Xi Fa Cai ~ Year of Water Dragon 2012

waaaa....it's a Year of Water Dragon laa....waaaa....banyak "ong" ini tahun ooo...

Berdasarkan astrologi tradisional Tionghoa, tahun ni adalah tahun baru Cina yang ke-2.653. Setiap tahun, dalam astrologi Cina, diwakili satu shio yang memimpin 12 shio lainnya. Berdasarkan perhitungan astrologi tersebut, tahun ini disebut Tahun Naga Air, yang hanya muncul 60 tahun sekali.. wow!!  Tahun Naga Air ni membawa makna PERUBAHAN ... hmmm... SO maknanya tahun ni sangat sesuai la untuk kita melakukan perubahan kan...


'Ang Pow' dan CNY sangat sinonim dengan kita kan...bila dah tiba masa CNY kita akan terfikir "ang pow" or Red Packet....ya lah mana tidaknya...ang pow yang berisi duit ni akan di berikan oleh mereka yang lebih tua dan sudah berkahwin kepada yg belum berkahwin sahaja atau golongan yg lebih muda...huhu ..x heran la adik2 seronok sangat bila tiba masa CNY ni .... syukur ada dapat hehe.. rezeki beb..  sekarang ni time Raya pun orang melayu akan bagi 'ang pow' jugak tapi dalam Green Packet... hmmm tu dinamakan Silang Budaya @ Cross Culture...


hmmm.. limau mandarin pun sama jugak.... bila tiba masa CNY, limau mandarin mesti ada kan... awak nak tau kenapa? buah limau mandarin melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.... sebiji buah limau diumpamakan seperti emas la macam tu... hmm... yang ni jangan cakap la beb ... bila time CNY ja limau mandarin ni dah jadi sarapan pagi dah  hehe..x pa aa Vitamin C


ni lagi satu petanda bahawa rumah tu sambut CNY kan... setiap rumah akan di hiasi dengan tanglung untuk mengalu-alukan tetamu .. ia juga sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan ..... caaaaantik sangat I LIKE... kalau awak nak tau Tanglung merupakan satu elemen kebudayaan masyarakat Cina semenjak tahun 250M lagi.. wow..


Mercun biasanya diikat pada tali panjang yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah melambangkan TUAH... waaaa...  mercun yang dibakar dan menghasilkan letupan  dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat...hmmm....Penyalaan mercun juga melambangkan suasana yang ceria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina..




hahaa...ni lagi salah satu kebudayaan cina yang paaaaaling seronok.. Tarian Singa... dulu-dulu dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat.. hmmm...  step-step diorang semasa membuat persembahan tu yg buat kita enjoy tengok kan...

Well, apa-apa pun kita hidup dalam satu negara berbilang kaum mesti lah saling menghormati budaya masing-masing kan beb... mana yang baik kita ikut ja lah... as long as ia membawa kebaikan kepada kita.. peaCe ..