27 February 2012

Guru Tampar Murid???



ouchh !!
Assalamu'alaikum semua..

wah, lama x masukkan n3 dsini...keadaan dan masa tidak mengizinkan...tapi bila saya dimaklumkan oleh seorang anak kecil dalam darjah 4 disalah sebuah sekolah rendah di daerah sekitar saya bertugas bahawa seorang guru perempuan telah menampar mukanya hanya kerana dia tidak mbaca dengan kuat teks yang diarahkan.  Meluap2 darah saya jadinya. Bayangkanlah anak yg baru berumur 10 tahun itu diperlakukan sebegitu atas sebab yang tidak setimpal dengan kesalahannya. 

Para guru bukan di bayar beribu-ribu untuk bertindak agresif kepada pelajar hanya kerana kesalahan yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Mungkin juga warga pendidik sudah leka dengan kemewahan mereka sehingga terlupa bahawa dikalangan ibubapa pelajar juga terdiri dari golongan profesional dan orang berpendidikan. Pada pandangan saya, didikan secara kasar seperti menampar muka anak kecil tersebut tidak sesuai lagi dipraktikkan apatah lagi murid sekolah rendah ni masih dalam proses pembinaan minda dan pembangunan jati diri. Jika tindakan yang kasar dan agresif dilakukan kepada mereka, bagaimana pula nanti perkembangan pemikiran mereka??. kita hidup di zaman IT wahai guru sekalian... Bukan lagi zaman Tun Teja.. dulu2 makbapak besarkan mata pun anak2 dah takut. sekarang ni semua kena guna ilmu psikologi.. Malahan dalam Islam sekalipun, dalam mendidik anak tidak dibenarkan memukul bahgaian muka dan kepala. Rasulullah sendiri pun mendidik anak cucunya dengan cara bhemah. Sehingga ditunggang seperti kuda ketika solat pun Baginda masi boleh bersabar.  Ini kan pula setakat suara anak kecil tu tidak kuat membaca teks... Apalah salahnya bagi tahu murid berkenaan dengan cara yang sepatutnya.. Guru tu mental agaknya.. ka kaki pukul atau ah Long?? haha..

Nabi saw bersabda;

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

~Hadis sahih Bukhari dan Muslim~


mungkin juga terbawa-bawa dengan kesombongan mereka bergaji besar berbanding penjawat awam yang lain sehingga mereka mengenepikan tugas dan etika bekerja mereka untuk mendidik anak-anak yang belum dicatat dosa pahala mereka dengan penuh ikhlas. Saya tidak Pasti. Seterusnya awak semua baca la komen2 yg disampaikan oleh salah seorang rakan fb yg merupakan seorang pegawai di jbtn pendidikan daerah *****.. 



bukanlah saya menjatuhkan atau mengaibkan orang tapi kasihanlah kepada murid berkenaan wpun dia berminat dgn mata pelajaran berkenaan tetapi jika guru serupa SINGA...garang tidak btempat...apa guna keberkatan semasa pembelajaran dan gaji setiap bulan???...

# FIKIR-FIKIRKAN & TIMBANG-TIMBANGKAN.... wassalam..

2 comments:

  1. Betul2,cikgu sekarang ni mengajar ikut mood dia je.Ape ingat anak murid tak bayar yuran ke -___-

    ReplyDelete
  2. tu la pasal... kalau mcm tu la caranya... alamat laa anak2 masa depan jd org yg aggresif..hmm

    ReplyDelete

SO, What say U??