[sumber daripada....http://www.masjidnegara.gov.my]
Menurut David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.
Tidur sebagai Ibadah
Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah yang diterjemahkan seperti yang berikut:
“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”
Jumlah tidur purata seharian | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Baru lahir | sebanyak 18 jam | ||||||||||||
1-12 bulan | 14–18 jam | ||||||||||||
1-3 tahun | 12-15 jam | ||||||||||||
3-5 tahun | 11-13 jam | ||||||||||||
5-12 tahun | 9-11 jam | ||||||||||||
Remaja | 9-10 jam | ||||||||||||
Dewasa, termasuk golongan tua | 7-8 (+) jam | ||||||||||||
Wanita hamil | 8 (+) jam |
No comments:
Post a Comment
SO, What say U??