Showing posts with label Ekspresi Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Ekspresi Jiwa. Show all posts

27 November 2012

LoVe is BLiND



Nyanyi:

Bila resah
Ingat sangat indah
Bila rindu
ku nyanyikan lagu mu....


     


     weiittsss.....lain macam bunyik.... feeling kerr??.. huhuuu... setiap makhluk di muka bumi ni rasanya ada perasaan untuk becinta kan?.. even beruk di Sepilok pun bercinta jugak.. well, harus berpada-pada la dalam memberi perasaan chinta yang di anugerahkan oleh Tuhan itu... kita semua berhak untuk disayangi dan menyayangi... dimiliki dan memiliki... but siapakah gerangan yang menjadi pilihan tu lebih diambil kira... lebih-lebih kalau muka ala-ala Anuar Zain... wooppss... 

     Tapi, adakah semua percintaan tu berakhir dengan kebahagiaan??...atau adakah setiap percintaan tu menjanjikan bahagia atau dalam erti kata lainnya adakah semua orang yang bercinta tu bahagia???... kita sering mendengar orang cakap Cinta itu Buta.... in english, LOVE IS BLIND.... siapa yang buta ni sebenarnya??... orang sedang bercinta tu kah yang buta atau subjek percintaan tu yang membutakan hati manusia???   

     Ada orang jatuh cinta pandang pertama... ada yang bercinta sebab dikenengkan oleh mereka-mereka yang merasa diri pakar cinta, ada yang terpaksa bercinta sebab jadi pak sanggup..macam-macam...pelik-pelik... but de most sweet ever is cinta orang dolu-dolu... diorang bercinta selepas dinikahkan oleh orang tua mereka... takda istilah dating, chatting, smsing, skyping...NO! they don't have dat damn thing yang melalaikan... cukup sifat, cukup umur akil baligh diorang dikahwinkan...and de result... yess..diorang still bersama hingga ke tua!!..

     SO, i was thinking...do we need to meet our future partner then only we can get married???... i dont think so... bercinta bertahun-tahun pun boleh putus ditengah jalan bilamana sudah tertulis dalam Luh Mahfuz bahawasanya  si dia bukan milik kita..... But do u think its a gamble?? yea maybe... but our life yang kita jalani skarang ni pun adalah perjudian dan percaturan melayari hukum alam...


# even si buta yang tidak nampak siapakah pasangan hidupnya juga bercinta.... yang memainkan peranan adalah hati... yess... hati... dan YAKIN bahawa si dia yang  dihadiahkan oleh Allah S.W.T tu adalah yang terbaik untuk diri kita...terima saja la seadanya.. YAKIN jak!!




9 July 2012

Bila Jodoh dah Sampai

   Pada 7th July 2012, Ratu Rock Negara... Ella atau nama manjanya kak El...atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin secara sah menjadi isteri kepada seorang Pilot syarikat penerbangan Firefly, Azhar Ghazali, 30-an.... Umur bukan penghalang bah kan?.. :)

  Perkenalan selama 9 tahun akhirnya membawa ke jinjang pelamin... syukur Alhamdulillah.. bila sudah tertulis dia jodoh kita, X kan ke mana juga kan.. kahwin jugak la ceritanya.. cepat atau lambat bergantung sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta...  apa-apa pun CONGRATS to both of them..  XoXo


For more photos just klik sini  ye ~ http://www.facebook.com/ministryofmoment

...and 




Q.S.26 (Asy-Syura) ayat 83 :


رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

83. (Ibrahim berdoa): “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku Hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang shaleh”.


27 June 2012

Salah ka jadi SingLe??

hey hey ho...assalamualaikum chix2 out there..

for those who are still SINGLE and gojes...i knew u are awesome because awak hidup dalam kegembiraan walaupun SINGLE kan kan kan...buruk sangat ka jadi Single Mingle ni???.. nope...i gez not.. u all mau ka jadi Single ni??..nope...i gez not....kita tidak pernah memilih untuk terus menyinggeL kan but itu adalah ketentuan because kita YAKIN n SANGAT PERCAYA bahawa ketentuan dari Allah tu lah yang terbaik untuk kita...m i wrong???...oooo awak X setuju...X apa..awak boleh quit baca entry ni ooo truskan kalau mau tau lebih lanjut...

Well, berbalik kepada cerita asal....selepas percubaan demi percubaan menemui kegagalan maka si Single ni  pun lebih suka untuk terus menyinggeL...bukan untuk selamanya...tapi sehingga terniat or terbuka hati untuk menerima sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai baginya, seadanya dalam hidup mereka....orang-orang yang datang dan pergi dalam hidupnya sebelum ini menjadikannya seorang yang :- 

  • Cerewet
  • Perfectionist
  • membiarkan sahaja diri mereka berada dalam "Zon Selesa" iaitu stay Single n Kiut
  • merasa diri BEBAS tiada kekangan untuk ke mana pun tp berbatas..
  • X sekali-kali merasa risau ada yang CEMBURU itu dan ini
  • bebas untuk beKAWAN dengan sesiapa sahaja;  "Rappo" dalam bahasa kaunseling
  • go TRAVEL a lot...situ sini sana sini muka dia ja
  • lebih menumpukan kepada HOBI mereka such as main layang-layang maybe.. :p
  • suka BELA binatang kesukaan
  • suka belek-belek MOTOR or KERETA kesayangan...calar skit pun dia gosok 2 3 kali...ouch watevala U..
  • lebih RAPAT dengan keluarga, saudara-mara, adik beradik, makbapak, anak buah, anak sendiri, jiran sebelah hahah   :p
  • main DOTA, FBing, on9 brabis 24hrs ada ja post dia hahah...
  • last but not least, mendekatkan dirinya kepada TUHAN pencipta alam...tu yang paling penting sebenarnya
SO, kepada sesiapa yang masih single, baru nak jadi single or rasa-rasa mau try test of being SINGLE ni mari sini saya ajar macamana hidup sebagai seorang SINGLE yang hepi, kiut and Gojes of all time hehehe...bukan susah pun...just put a SMILE on your face setiap kali jumpa orang yang awak kenaL... yang X dikenali pun boleh juga.... try ja senyum, kalau dia balas tu kira ok la...senyum je, X perlu kata apa-apa...

Sebenarnya, hidup ni adalah pilihan... awak mau hidup GembiRa or terus-terusan dalam berkeSEDIHan... jadi jangan pernah salahkan keadaan or salahkan orang-orang yang pernah hadir dalam hidup kita... mereka-mereka yang hadir sementara dalam hidup kita tu hanya untuk memberi pengajaran sedikit kepada kita atau lebih tepat bila saya katakan mereka-mereka yang bukan milik kita tu hadir untuk menyedarkan kita bahawa hidup kita ni ada TUHAN untuk di sembah.....mungkin sebelum ni kita tergolong dalam manusia-manusia yang lalai, hidup yang ntah apa-apa sehingga kita lupa untuk mengingatiNYA yang memberi kita rezeki dan hidup menumpang di bumiNYA....

SO, belum terlambat rasanya untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNYA dan seharusnya kita gembira kerana diberi ujian oleh Allah sbb DIA sayang kita...x da BF or GF pun x pa maaa...yang penting kita ada ALLAH...

Lagipun, kan ada pepatah melayu;

"PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI"

# tapi kenapa gambar Anuar Zain situ??...sebab dia antara orang-orang seangkatan dengan saya yang masih single...dia tunggu saya ba tu huhuuu.... 


27 February 2012

Guru Tampar Murid???



ouchh !!
Assalamu'alaikum semua..

wah, lama x masukkan n3 dsini...keadaan dan masa tidak mengizinkan...tapi bila saya dimaklumkan oleh seorang anak kecil dalam darjah 4 disalah sebuah sekolah rendah di daerah sekitar saya bertugas bahawa seorang guru perempuan telah menampar mukanya hanya kerana dia tidak mbaca dengan kuat teks yang diarahkan.  Meluap2 darah saya jadinya. Bayangkanlah anak yg baru berumur 10 tahun itu diperlakukan sebegitu atas sebab yang tidak setimpal dengan kesalahannya. 

Para guru bukan di bayar beribu-ribu untuk bertindak agresif kepada pelajar hanya kerana kesalahan yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Mungkin juga warga pendidik sudah leka dengan kemewahan mereka sehingga terlupa bahawa dikalangan ibubapa pelajar juga terdiri dari golongan profesional dan orang berpendidikan. Pada pandangan saya, didikan secara kasar seperti menampar muka anak kecil tersebut tidak sesuai lagi dipraktikkan apatah lagi murid sekolah rendah ni masih dalam proses pembinaan minda dan pembangunan jati diri. Jika tindakan yang kasar dan agresif dilakukan kepada mereka, bagaimana pula nanti perkembangan pemikiran mereka??. kita hidup di zaman IT wahai guru sekalian... Bukan lagi zaman Tun Teja.. dulu2 makbapak besarkan mata pun anak2 dah takut. sekarang ni semua kena guna ilmu psikologi.. Malahan dalam Islam sekalipun, dalam mendidik anak tidak dibenarkan memukul bahgaian muka dan kepala. Rasulullah sendiri pun mendidik anak cucunya dengan cara bhemah. Sehingga ditunggang seperti kuda ketika solat pun Baginda masi boleh bersabar.  Ini kan pula setakat suara anak kecil tu tidak kuat membaca teks... Apalah salahnya bagi tahu murid berkenaan dengan cara yang sepatutnya.. Guru tu mental agaknya.. ka kaki pukul atau ah Long?? haha..

Nabi saw bersabda;

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

~Hadis sahih Bukhari dan Muslim~


mungkin juga terbawa-bawa dengan kesombongan mereka bergaji besar berbanding penjawat awam yang lain sehingga mereka mengenepikan tugas dan etika bekerja mereka untuk mendidik anak-anak yang belum dicatat dosa pahala mereka dengan penuh ikhlas. Saya tidak Pasti. Seterusnya awak semua baca la komen2 yg disampaikan oleh salah seorang rakan fb yg merupakan seorang pegawai di jbtn pendidikan daerah *****.. 



bukanlah saya menjatuhkan atau mengaibkan orang tapi kasihanlah kepada murid berkenaan wpun dia berminat dgn mata pelajaran berkenaan tetapi jika guru serupa SINGA...garang tidak btempat...apa guna keberkatan semasa pembelajaran dan gaji setiap bulan???...

# FIKIR-FIKIRKAN & TIMBANG-TIMBANGKAN.... wassalam..

18 February 2012

1st choice

antara benda alah yang sering dijadikan sebagai 1st choice dalam menu asas seharian time sesak (poket kering)






7 February 2012

awww lamanya X nulis.... No Idea sbb kepala penuh teringatkan someone hmmm... furthermore BZ cari bahan untuk assignment... biarlah saya tumpukan fikiran saya sepenuhnya untuk study ja kalini... sbb "kawan" saya penah cakap kalau study pada level ni masi nak main2 lebih baik g skolah rendah jerr... hmmm baiklah....saya akan selalu ingat pesan awak...TrimaKasih awak.. 


2 February 2012

hey heyyooo...sudah sudah la facebooking and blogging tu dzarina... it's time to start your assignment ok... beginilah nasib bekerja sambil... belajar sambil bekerja... whatever it is saya kena mula awal so ble siap awal and buat past year exam question during group discussion pulak... nasib baiklah dapat boss yang baik yang memahami perasaan seorang pekerja sambil belajar ni huhuu...  kerja yang serupa mcm X keja ni bagi saya peluang untuk tumpukan half of my perhatian and tumpuan kepada buku2 sekalian... huhaiii... X apa X apa ko suka sangat study kan dzarina... nah amekaw!!.. this coming 5th Feb im going to attend my 1st tutorial... OMG bangun awal lagi... nasib baik ada istilah Cuti Tanpa Rekod... ya lah kan keja di aiport ni bukannya mcm org lain... weekend ble buat tai mata sebesar bola... hmmm... X apa demi topi 4 segi wa hadapi jua... Go Go dz!!

24 January 2012

biLa saya seDih saya akan :-

  • blogging;   masukkan entry sebanyak mungkin
  • ambil bantal;   tekup muka n TERIAK sepuas hati ~ aaarrrrrggghhh
  • senyum dengan seramai orang yg mungkin... Say Cheeezzz
  • dengar lagu rancak;   e.g lagu rihanna, katy perry ... heheh
  • tgk cerita lucu, X kira la lawak dalam Youtube or whatsoever yg ble buat saya GELAK... hahahahhah!!
  • menjadi sangat peramah dengan kawan2...huh...padahal dalam hati TUHAN ja tau
  • pegi jogging;   lari laju-laju sampai penat and X larat lagi nak lari...
  • gi lepak ngan kawan sampai ngantuk
  • driving Long distance sampai mana2 ja rasa nak pegi... hmm
  • Solat, Baca yaasin & nangis puas2...



INFO : klip di atas merupakan lagu tema Sinetron "Putri Yang DiTukar".... mempunyai 676 episod... wow! lamanya...

16 January 2012

cita-citaku...cita-citamu



 Cita-citaku???..apa tu cita-cita beb?? dari sekolah rendah lagi rasanya kita sudah di perdengarkan dengan perkataan ni kan? bila cikgu tanya...

"apa cita-cita kamu??"...

hah...macam2 jenis pekerjaan la di sebut padahal pada masa tu main sebut ja...langsung X tau menau pun pekerjaan yg di sebutkan....ada yg mau jadi Guru, ada yg mau jadi Peguam....ehemm....dulu la.....ada yg mau jadi Pilot...Posmen, Kerani, Pramugari, Model (bagi yg perempuan la)...macam2 lah...ada yg main ikut-ikut ja...siap tanya dengan kawan lg...

"ko mau jadi apa??"  haha...ada pla macam tu kan...tapi yalah kan masa tu masih sekolah rendah lagi...mana2 pekerjaan yg diorang tau maka itu lah yg menjadi cita-cita diorang atau yg mereka angan2kan pada masa tu....hakikatnya sudah hbs sekolah baru la kita tau apa tu cita-cita kan??...ada yg tercapai n ada yg tidak...ada yg masih tcari-cari n ada yg masih berusaha untuk meraih...

SO,...pa cita-cita kamu?? hmmm..well, cita-cita saya masih berada di sini oum.edu.my. Masih bertatih-tatih meraih cita-cita yg sekian lama saya idamkan...ya laa...masa konvo ambil Diploma dulu teda pakai topi 4 segi...hehe...bah ni kali lah...Insyaallah akan di usahakan sampai selesai...supaya boleh jadi sumber inspirasi anak-anak akan datang....insyaallah...Go Go dz U can do it!!

2 December 2011

kesempatan vs kebaikan...

kebaikan mu itu untuk apa??
pemberianmu itu untuk apa??
kejayaan mu itu untuk siapa??
terima kasih mu itu untuk apa?? 
 .......................................

jika benar ikhlas....mana buktinya??
jika benar jujur.......mana kejujurannya??
 ............................................

kejujuran tanpa bukti umpama minuman tanpa gula
pemberian dengan tujuan umpama udang di sebalik batu
 kebaikan tanpa keikhlasan umpama pelakon yang hipokrit 

 ...........................................

kenapa tidak menjadi bulan yang bersinar di malam hari
menjadi awan sebagai pelindung daripada panas matahari
bukankah lebih baik menjauhkan diri supaya tidak memakan diri

(pesanan untuk diri sendiri)

5 September 2011

..seDeTik LeBiH....

...arrrgghh!!!..terasa sangat ingin melarikan diri seperti 2 tahun yang lalu...terasa sangat ingin pegi suatu tempat yang paling privacy...tapi kalini macam x boleh...kalini terpaksa juga berdepan dengan situasi ni....atas desakan KEPERLUAN, KEHENDAK & PELUANG depan mata...
     ramai orang cakap, peluang hanya datang sekali..tapi kalau dah bekali2 datang tp tidak mahu ambil peluang rugi jugak rasanya....sapa yang tidak mau kan kalau peluang yang diberikan tu membuahkan hasil yang lumayan dalam jangka masa panjang....tapi...hmmm.....
       mungkin perlu masa sedetik lebih sedikit lagi untuk berfikir....dan tetap bersyukur kerana masi diberi peluang itu   :)

Anuar Zain cakap; "bukan maksud untuk membisu sepi tanpa kata...terpisahnya kita kerana mengejar impian".......# MUNGKINKAH...

22 August 2011

Penyembuh Rindu...

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi ku pun rasa

Bagai kau berdiri di sisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan

Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama

Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan

Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu


(Mawi feat Diana Danielle~OST Filem "MagiKa")

Setiap Pertemuan ada PerpisahaN...

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini


(Perpisahan Ini by 1st Edition feat. Aizat)

  p/s : Setiap yang bermula pasti akan berakhir.....Setiap yang bernyawa pasti akan mati...