1 February 2012

SIHIR permainan SyaiTan




Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.  Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.


Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:
  1. fikiran selalu runsing
  2. sakit-sakit di belakang bahagian bawah
  3. badan lesu, selalu letih
  4. selalu sakit perut 
  5. sakit kulit
  6. rasa ada seseorang tidur di sebelah
  7. terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
  8. suka menyendiri, jadi seorang pendiam
  9. selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
  10. selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
  11. orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
  12. banyak berfikir (fikiran melayang)
  13. orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
  14. selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
  15. selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
  16. imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
  17. bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
  18. selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
  19. selalu kena period pain
  20. ada migrain yg kronik
  21. sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
  22. halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
  23. selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi
  24. membesar-besarkan perselisihan yang kecil
  25. benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

# Tiada yang mustahil di dunia ni selagi masih tersembunyi sifat syaitan di dalam hati serta sentiasa ingin menguasai dan memiliki...hmmm

 عَنْ عَائِشَةَ قَاسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَهُودِيٌّ مِنْ يَهُودِ بَنِي زُرَيْقٍ يُقَالُ لَهُ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ قَالَتْ حَتَّى كَانَ رَسُولَتْسَحَرَ رَلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَفْعَلُ الشَّيْءَ وَمَا يَفْعَلُهُ حَتَّى إِذَا كَانَ ذَاتَ يَوْمٍ أَوْ ذَاتَ لَيْلَةٍ دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ دَعَا ثُمَّ دَعَا ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ أَشَعَرْتِ أَنَّ اللَّهَ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ جَاءَنِي رَجُلَانِ فَقَعَدَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالْآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ فَقَالَ الَّذِي عِنْدَ رَأْسِي لِلَّذِي عِنْدَ رِجْلَيَّ أَوْ الَّذِي عِنْدَ رِجْلَيَّ لِلَّذِي عِنْدَ رَأْسِي مَا وَجَعُ الرَّجُلِ قَالَ مَطْبُوبٌ قَالَ مَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ قَالَ فِي أَيِّ شَيْءٍ قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاطَةٍ قَالَ وَجُفِّ طَلْعَةِ ذَكَرٍ قَالَ فَأَيْنَ هُوَ قَالَ فِي بِئْرِ ذِي أَرْوَانَ قَالَتْ فَأَتَاهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أُنَاسٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ وَاللَّهِ لَكَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ وَلَكَأَنَّ نَخْلَهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أَحْرَقْتَهُ قَالَ لَا أَمَّا أَنَا فَقَدْ عَافَانِي اللَّهُ وَكَرِهْتُ أَنْ أُثِيرَ عَلَى النَّاسِ شَرًّا فَأَمَرْتُ بِهَا فَدُفِنَتْ
Dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin Al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seolah-olah air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya.

maklumat di perolehi dari http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/sihir.php &  http://www.darussyifa.org/002_NabiDisihir.php . Semoga bermanfaat. Kepada yg mengamalkannya didoakan anda cepat2 la bertaubat. Hanya Allah yang dapat membalas segala perbuatan anda. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

SO, What say U??