18 April 2012

Kenapa HIJAU jadi pilihan???

Apabila anda merenung apa-apa warna garang cukup lama dan kemudian melihat pada sehelai kertas putih, anda akan melihat warna yang bertentangan, bukannya sehelai kertas putih. Semasa di dalam bilik pembedahan, apa yang kita lihat adalah darah yang berwarna merah. Apabila kita mengangkat mata dari medan pembedahan untuk melihat mana-mana permukaan lain, akan muncul sedikit kehijauan padanya, maka dinding dicat dengan warna hijau.


Psikologi Warna : Hijau

Melambangkan warna pertumbuhan, sifat, dan wang. Warna yang menenangkan ini menjadi warna yang sangat menyenangkan deria. Kehijauan hutan gelap pula dikaitkan dengan terma-terma seperti konservatif, maskulin dan kekayaan. Hospital menggunakan bilik hijau muda kerana didapati boleh menenangkan kepada pesakit dan menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Selain itu, terlalu memfokuskan penglihatan pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah hilang penumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Ini kerana dengan melihat warna merah secara terus-menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensitiviti pada warna merah itu sendiri.


# So guys! from now on kalau rasa2 dah penat main game, cuba2 la jenguk skit tingkap tu...tengok rumput..tengok bunga ok...


No comments:

Post a Comment

SO, What say U??