Liquid Paper yang terawal digunakan satu masa dulu |
Tahukah anda benda putih yang anda lukis di atas kertas untuk menutup kesilapan itu dulunya dikenali sebagai "mistake out". Ia mula digunakan pada tahun 1951 oleh seorang ibu tunggal bernama Bette Nesmith Graham yang keluar bekerja bagi menampung kehidupannya dan anak lelakinya.
Walaupun beliau bekerja sebagai seorang Jurutaip, namun dia sering melakukan kesilapan dalam setiap tugasannya. Menyedari akan kekurangannya itu, dia mula membangunkan "Cat Tempura Putih" bagi menyembunyikan kesilapannya. Dengan menggunakan dapur dan garaj sebagai tempat ujikaji dan pengeluaran, dia mula mengusahakan produknya itu secara kecil-kecilan. Rakan-rakan sejawatan dan rakan sekerjanya mula membeli produk pertamanya itu. Dalam pada dia masih bekerja disitu, Bette mendidik dirinya dengan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan untuk memasarkan produknya itu disamping meneruskan penyelidikan sehingga dia berpuashati dengan kualiti produk yang diciptanya itu. Bette menukar nama produknya dari "Mistake Out" kepada "Kertas Cecair" dan terus menjualnya dari dapur-garaj dirumahnya selama 17 tahun.
Pada tahun 1968, Bette telah mula meraih keuntungan dan dalam tahun 1979, Gillete Corporation telah membeli Liquid Paper yang dihasilkannya dengan royalti tambahan sebanyak $47.5 juta. Beliau juga merupakan ibu kepada Michael Nesmith, ahli kump. The Monkees.
# Haaaa...macam tu lah al-kisahnya kawan2...sehingga la kita guna macam2 bentuk and pattern corrector kan...macam ni...kat bawah ni...
SO, moral of the story kengkawan ialah :
HENDAK 1000 DAYA, TAK HENDAK 1000 DALIH
...kan kan kan....
No comments:
Post a Comment
SO, What say U??