Baiklah, harini saya nak membebel sikit pasal anak-anak muda zaman sekarang.. peristiwa ni terjadi beberapa hari yang lepas... depan mata saya... tapi masa tu saya X dapat nak buat apa-apa untuk membantu pakcik tu because saya berada di dalam kaunter bahagian ketibaan while in front of me ada passenger yang perlu buat pemeriksaan... sedang saya sibuk memasukkan data penumpang di hadapan saya, tetiba "preanggg"...bunyi benda jatuh besepah...bila saya tengok, sorang pakcik sedang mengutip barang2nya yang jatuh bersepahan... kesiannya saya tengok... tapi bila saya nampak ada sorang anak muda yang berada berhampiran dengannya hanya senyum-senyum melihat pakcik tu tanpa sedikit pun tebuka hati nak tolong...geramnyaaaaaa....grrrhh hish...apa la punya budak tu.. orang melayu pulak tu...bikin malu betul anak-anak zaman sekarang ni... selepas beberapa lama kemudian baru ada sorang "amoi" tolong pacik berkenaan...kesiannya saya.. tiada perasaan langsung la yang lain tu...
SO, abang kakak, pakcik makcik, tuan puan, saudara saudari yang sedang membaca entry ni...tolong la pupuk perasaan membantu itu di dalam hati anak-anak, cucu or youngers yang sedang dibawah jagaan anda... Tolong la jadi manusia...bukannya makhluk yang setakat berfungsi sebagai orang lidi di dunia ni semata-mata... (macam mak nenek pla saya membebel kan??) bukannya apa, geram ba saya tengok orang-orang yang tecegat disitu just tengok pakcik tu kutip barang2nya yang bersepahan di atas lantai...memang la itu hak masing-masing...mau tolong ka tidak BUT sikap and sifat kemanusiaan tu perlu ada dalam diri kita sebagai manusia yang sebenar2nya manusia..
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari dan Muslim)
Dan;
Allah telah berfirman yang bermaksud;
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan" (9:71)
~membantu sesama manusia ni X perlu kira bangsa dan agama sekalipun~ |
No comments:
Post a Comment
SO, What say U??